SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BAHASA MELAYU YANG TELAH DIMUATKAN BERBAGAI AKTIVITI PENULISAN , KAEDAH BACAAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN UNTUK KITA KONGSI.

Kejayaanku
Selasa, 28 Ogos 2012
CERITA SAYA
Nama saya Anita bt Chee Nee Md.Saya dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar Kedah pada 28 April 1967.Ibu saya Fatimah Bee binti Md Yusof, seorang yang suka bercerita.Saya ialah anaknya yang paling lama mendengar ceritanya.Bayangkan dari kecil sehingga umur 45 tahun saya kena mendengar cerita yang kadang-kadang telah didengar lebih dari lapan puluh kali.Biasa saya menegur ibu tentang cerita seorang ibu yang tersalah memberi ubat pada anaknya hingga menyebabkan kematian.Bayangkan cerita itu telah saya dengar lebih dari lapan puluh kali,lalu saya berkata pada ibu,"mak cerita dah cerita tu tahun ni banyak kali".Sambil tersenyum ibu menjawab "apa salahnya dengar lagi".Saya menjawab, 'cerita yang lain la mak'.Ditakdirkan Allh malam tu saya selsema dan saya membuka beg tangan di sebelah katil tanpa membuka mata, dan terus mengambil ubat yang masih dalam bekasnya.Tanpa berlengah saya terus menelan ubat itu bersam dengan bekasnya.Saya tidak sedar kerana bekasnya telah saya potong kecil.Saya terkejut dan bangun dari tidur, bayangkan saya telah menelan ubat bersama dengan plastiknya sekali.Aduh teringat peristiwa di siang hari tersebut, baru saja saya menegur ibu Allah telah membalas dengan melalaikan saya untuk seketika.Menyesalnya saya.Sehingga ke hari ini peristiwa itu masih hangat di ingatan, walaupun peristiwa itu berlaku pada tahun 2007 .Pengajarannya sehingga ke hari ini saya akan setia mendengar cerita ibu, walaupun cerita itu baru saja didengari,ayah saya Chee Nee Md seorang yang tidak pernah lupa dengan zikirnya.Berdoa selalu untuk keselamatan anak cucu dan cicitnya.Hadiah istimewa untuk ibu bapa saya ialah saya telah menebus kembali kegagalan 1984 dalam SPM,apabila menhadiah kan ibubapa saya pelajar terbaik di UITMpada tahun 2000, dan graduan terbaik keseluruhan di IPSAH pada tahun 2009.Syukur umur mereka yang panjang Allah anugerah untuk melihat saya menebus kegagalan saya.Suami saya Abdul Rahman b,.Mat Zain ialah seorang motivator yang hebat sentiasa di sisi membantu dalam apa keadaan sekalipun.Biarpun kadangkala saya terpaksa membaca buku tanpa rehat namu suami akan sentiasa di sisi menegur jika saya leka, mengalahkan watak seorang wanita kuat berleter la tu.Anak saya Amini Nurlaila ikut jejeak ibunya kahwin di usia muda dan kini mempunyai tiga orang anak.Anak saya yang kedua seorang yang paling rajin membantu, biarpun kuat berleter macam ayahnya, namun segala-gala kerja yang diberi selesai.Raya tahun ini dialah yang masak, sebab ibu sibuk buat tugasan mana la nak cari.Anak saya Ammar Ruzaini hanya saya jumpa di waktu malam, kerana dia sibuk bekerja, itu pun kerana masih tidur dengan ibu.Cucu saya putera-putera dan puteri menghiburkan.Tak jemu mata memandangMenantu saya Haslan seorang yang setia mendengar ceramah motivasi dari saya tentang rumahtangga.Bakal menantu saya Sham dan Afikah kedua-duanya menghormati saya dan suami serta menyenangkan,Pendekata segalanya indah, walaupunsaya tertekan dengan tugas dan pengajian semuanya tetap indah.Alhamdulillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan