SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BAHASA MELAYU YANG TELAH DIMUATKAN BERBAGAI AKTIVITI PENULISAN , KAEDAH BACAAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN UNTUK KITA KONGSI.

Kejayaanku

Khamis, 30 Ogos 2012

Cerita saya

Saya melaalui berbagai rintangan sebelum saya bergelar guru.Minat menjadi guru timbul apabila sedari kecil saya selalau berdamping dengan guru saya .semasa di Tahun Empat saya selalu ke sekolah pada waktu petang untuk membantu guru menjaga kelas.Kedudukan rumah saya yang terletak berhampiran sekolah menjadikan saya mudah untyuk meluangkan masa ke sekolah.Guru-guru sekolah rendah yang masih saya ingat ,Cikgu Mariam yang mengajar  saya dalam Tahun 1, Cikgu Ibrahim Rautin yang mengajar saya dalam Tahun Dua dan yang saya paling ingat ialah gurubesar saya  Allahyarham Cikgu Murad.Walaupun saya dah berumahtangga saya sering menziarahi Cikgu Murad, dan hidangan istimewanya ialah air nipah.Dewan datuk Madi menjadi permulaan kejayaaan saya untuk meletakkan saya sebagai pemidatu sehingga ke peringkat Negeri.Terimakasih cikgo Oii Chek Jin guru Matematik saya dalam Tingkatan Lima yang menyedarkan saya tentang kelalaian saya dalam pelajaran.Walaupun agak sedikit terkejut pada mulanya dengan teguran Cikgu Oii.Saya terus ke surau untuk muhasabah diri.Dan ingin saya berjumpa dengan Cikgu Oii.Nasib baik lah saya tersedar awal.Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mengundang kesedihan kerana saya tidak cemerlang ketika itu.Saya hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk mengulangkaji pelajaran, dan hasilnya saya kecewa.Saya mengambil keputrusan untuk berumahtangga  dan pada tahun 1992 saya tersedar dari mimpi , yang saya tidak boleh hidup tanpa kerjaya dan akhirnya saya mengorak langkah dan mengukir kejayaan demi kejayaan hinggalah ke hari ini.Alhamdullilah, Allah menganugrah saya segala yang telah saya hilang sedikit masa dulu.Lain kali saya sambung suspen.Tetapi sapa yang terbaca kisah ini , hayatilah jadilah seorang juara.Mohon pada Alllah.Usaha dan berdoa.Insyalllah.

Selasa, 28 Ogos 2012

KEMAHIRAN MEMBACA(KAEDAH ABJAD)

ASAS MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ABJAD 1.0 Pendahuluan Kemahiran membaca seseorang murid berkait langsung dengan kemampuannya memahami sesuatu bahan. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat. Membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental, di mana deria penglihatan dan alat-alat artikulasi bergabung menghasilkan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Kemahiran membaca itu sendiri perlu melalui dua proses, iaitu proses menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan proses mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan. Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan yang khusus. 1.1 Kaedah Abjad Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan dalam tamaddun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas pembacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. KAEDAH ABJAD PENGENALAN HURUF/ABJAD MEMBUNYIKAN HURUF CANTUMAN HURUF-HURUF/SUKUKATA-SUKUKATA PERKATAAN MUDAH Rajah : Aliran pelaksanaan kaedah abjad. 1.2 Konsep Kaedah Abjad Murid-murid diperkenalkan kepada 26 huruf yang ada, iaitu huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Bagi membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Dalam sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya ‘ca’, ‘ce’, ‘ci’, co, dan ‘cu’. Diftong terbentuk melalui gabungan ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’. Bunyi- bunyi tersebut disambungkan supaya menjadi suku kata, misalnya cu + ci = cuci. Kemudian mengenal rangkai kata , ayat dan seterusnya diajar membaca. Sebelum murid diajarkan membaca perkataan, nama-nama huruf perlulah dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan yang betul. Dituruti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Seterusnya guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf, misalnya ‘a’ untuk ‘ayah’, ‘b’ untuk ‘buku’, ‘c’ untuk cawan dan sebagainya. Sebagai pengukuhan, guru juga boleh menyanyi lagu ABC. Lagu boleh dicipta sendiri atau lagu sedia ada yang boleh dimuat turun menerusi saluran media terkini seperti Internet. Kebiasaannya, guru akan menulis setiap huruf dalam buku tulis yang kadangkala memenuhi satu muka surat untuk satu huruf besar dan huruf kecil. Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994) , kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau membunyikan cantuman huruf-huruf atau sukukata- sukukata. Setelah itu, murid-murid didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik permulaan asas membaca. 1.3 Keberkesanan Kaedah Abjad Dalam Pengajaran Asas Membaca Menurut Zulkefli Hamid ( 1994 ), kaedah abjad berprinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut yang merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan yang berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang ada sebelum meneruskan peringkat membaca perkataan yang senang dahulu. Umum bersetuju bahawa berdasarkan persekitaran sedia ada dan pengalaman setiap hari, seseorang murid memang telah biasa dengan visual yang berasaskan abjad. Samada dalam paparan iklan di media elektronik, media cetak atau di kain rentang sepanjang jalan ke sesuatu destinasi. Pengetahuan sedia ada murid mengenai sebahagian bentuk abjad dan bunyinya telah wujud dalam diri murid itu. Keadaan ini akan memudahkan guru untuk menanamkan kemahiran membaca mengikut kaedah abjad kepada murid. Kaedah abjad sangat relevan, serasi dan menepati dengan sistem Bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Keadaan ini memudahkan murid untuk terus mahir membaca dan tidak timbul kekeliruan yang akan merencatkan proses tersebut. Dengan kemahiran asas yang mantap dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca akan menimbulkan satu motivasi diri yang positif dalam diri murid untuk terus memajukan kemahirannya. Murid yakin akan kebolehannya sendiri dan semakin cekap. Mereka dapat bersaing sesama sendiri dengan cara yang sihat dan minat untuk belajar semakin terbuka. Murid mampu untuk berdikari dalam membaca perkataan baharu, meskipun tidak pernah mempelajarinya kerana murid telah menguasai dan mengenal huruf serta mampu membunyikan vokal konsonan dengan lancar. Seterusnya, kita akan melihat bagaimana murid akan mendapat bonus atau kemahiran berganda menerusi kaedah abjad ini. Murid dapat meneroka dengan mudah kemahiran-kemahiran baru seperti kemahiran menggunakan kamus. Penggunaan kamus mudah, peringkat rendah yang sistemnya berpandukan turutan abjad menarik minat murid dan membolehkan mereka menambah kecekapan membaca dan menambah ilmu. 1.4 Langkah-Langkah Pengajaran Kaedah Abjad 1.4.1 Menyebut Nama Huruf Abjad a-z, Huruf Besar dan Huruf Kecil Guru menyebut nama huruf berkenaan dan diikuti dengan murid. Untuk tujuan pengukuhan, guru boleh juga mempelbagaikan persembahan dengan memperkenalkan terlebih dahulu urutan secara normal iaitu a-z, kemudian diikuti secara songsang iaitu z-a. Perkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf besar. Rasionalnya, huruf kecil lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian berbanding huruf besar. (i) Contoh aktiviti menyebut nama huruf kecil abjad a-z Arahan: Sebut nama huruf kecil di bawah ini. b Kad Huruf Kecil (ii) Contoh aktiviti menyebut nama huruf besar A-Z Arahan: Sebut nama huruf besar di bawah ini. B M Kad Huruf Besar iii) Contoh aktiviti menyebut nama huruf besar A-Z Arahan: Sebut nama huruf besar di bawah ini. B b M m Kad Huruf 1.4.2 Latihan menyebut suku kata V+KV Huruf V dalam simbol V+KV di atas adalah bermaksud huruf vokal. Terdapat enam jenis vokal dalam bahasa Melayu iaitu a, e (taling), e (pepet), i,o, dan u. Manakala K bermaksud huruf konsonan yang mempunyai 21 huruf. Dengan bimbingan guru, murid-murid membuat latihan menyebut suku kata V+KV. Huruf vokal : a e i o u Huruf konsonan : b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z i. Contoh aktiviti menyebut suku kata V+KV Aktiviti ini menggunakan kad perkataan yang dibina menggunakan kad keras yang berwarna supaya kelihatan menarik. Arahan: Sebut suku kata berikut. 1.4.3 Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa (i) Contoh aktiviti mengeja suku kata Arahan: Eja kemudian sebut suku kata. ba be be bi bo bu ca ce ce ci co cu da de de di do du fa fe fe fi fo fu (ii) Contoh aktiviti mengeja perkataan (iii) Arahan: Eja sukukata kemudian sebut perkataan KVKV. baba cuba dewa jaga baca cuci diri jaja badi cucu dosa jala bagi cina dobi jamu Carta Perkataan KVKV (iv) Contoh aktiviti mengeja frasa Arahan: Eja dan sebut frasa dengan kuat. = = 1.4.4 Latihan membaca ayat (i) Contoh aktiviti membaca ayat berbantukan gambar. Arahan: Baca ayat di bawah ini. (ii) Contoh aktiviti membaca ayat tanpa berbantukan gambar Arahan: Baca ayat di bawah ini. (i) Contoh aktiviti membaca petikan. Arahan: Baca ayat di bawah ini. Rumusan Kesimpulannya, kaedah abjad merupakan kaedah yang memberikan fokus kepada aktiviti menghafal abjad, proses pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan memudahkan murid-murid untuk mengeja perkataan ketika membaca. Dalam kaedah ini, murid perlu mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Kegagalan murid-murid dalam mengenal huruf-huruf yang ada akan mengakibatkan kesukaran menjalankan aktiviti membaca kerana faktor asas masih tidak dapat dikuasai. Murid perlu mahir huruf dan dapat membunyikan huruf tersebut dengan betul. Untuk itu, aktiviti yang sesuai seperti latihtubi yang dijalankan oleh guru didapati sering membuahkan kejayaan dan menghasilkan celik huruf di kalangan murid-murid. Dengan ini, proses asas membaca dapat dijalankan dengan lancar. Maka, adalah tidak menghairankan apabila kaedah abjad ini masih terus digunapakai oleh guru-guru dari zaman dahulu, seawal zaman Greek dan Rom hinggalah sekarang. Ini membuktikan betapa pentingnya kemahiran asas iaitu mengenal huruf ditanam diminda murid-murid sebelum mereka meneroka kemahiran seterusnya yang lebih bermakna iaitu kemahiran membaca.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4


Rancangan Pengajaran Harian



Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tarikh                        : 19.03.2008
Hari                            : Rabu
Masa                          : 10.35 am – 11.35 am (1 jam)
Bilangan Murid       : 26 orang
Kelas                         : 4 Aman
Tajuk                                     : Membantu Amalan Terpuji

Hasil Pembelajaran: Di akhir pelajaran murid dapat:
(Objektif)

Fokus Utama                       8.1
Aras 2 (i)
-          Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan.

8.1
Aras 3 (i)
-    Membina ayat majmuk dengan kata hubung


Fokus Sampingan   8.3
Aras 1 (i)
-          Menulis perkataan dengan tulisan berangkai
kemas dan cantik.


Kemahiran Bahasa: Membaca, bertutur dan menulis.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa – Kata hubung

Pengisian Kurikulum:
Ilmu                - Pendidikan Moral
Nilai Murni    - Kasih sayang.
Kemahiran Bernilai Tambah – Menjana idea, mengkategori
Kecerdasan Pelbagai – interpersonal

Bahan Bantu Belajar:


Pengetahuan Sedia Ada:

Bahagian / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Lakonan

1.    Guru memilih 2 orang murid untuk melakonkan berdasarkan petikan.
2.    Murid diterangkan tajuk pelajaran hari ini.



Langkah 1
(10 minit)

Murid membaca pantun

1.    Murid membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul seramai-ramai.
2.    Lima orang murid diminta membaca pantun tersebut.
3.    Guru membimbing murid supaya dapat membaca pantun dengan betul.


BBB:
Petikan pantun



Langkah 2
(15 minit)

Menyatakan isi penting

1.    Guru mengemukakan beberapa soalan.
2.    Murid menjawab soalan dan menyatakan sekurang-kurangnya empat isi penting.
3.    Guru menunjukkan juga ciri-ciri sebuah pantun.


KB:
Menyenarai



Langkah 3
(15minit)

Permainan kecil

Memadankan pantun dua kerat

Rujuk lampiran 1

1.    Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2.    Mana-mana kmpulan yang dapat memadankan pantun dengan betul akan diberi markah.



TKP:
Verbal-linguistic
Intrapersonal
Interpersonal


KB:
Mencirikan





Bahagian / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 4
(10 minit)

Petikan pantun

Murid diminta menulis semula pantun yang telah dipadankan





Penutup
(5 minit)


Murid menyanyikan lagu ’Rasa  Sayang Eh’ beserta pantun yang dipelajari hari ini.



BBB:
Petikan pantun



































Petikan Pantun

Mari bediri di tepi pagar,
    Sambil melihat si anak tupai,
Kalau kita ingin rajin belajar,
    Pasti akan menjadi pandai.

Murai hinggap di dahan lada,
    Hinggap bersama burung merpati,
Kalau ilmu penuh di dada,
    Kemana pergi akan dihormati.

Nyonya memakai kebaya kasa,
    Kebaya berwarna merah jingga,
Apabila kita sudah dewasa,
    Ayah dan ibu perlu dijaga.

Anak itik terenang-renang,
    Anak ketitir di atas bukit,
Ayah dan ibu jasanya dikenang,
    Jangan seperti kacang lupakan kulit.

 
 


















































Lampiran 1




Pantun Dua Kerat

Padankan pantun dibawah:

Ø  Kenyang perut senang hati.
Ø  Dulu sayang sekarang benci.
Ø  Orang tak hendak aku tak ingin.
Ø  Pura-pura tidak tahu
Ø  Sebab mulut badan binasa.
Ø  Sudah tahu bertanya pula.


Soalan:

  1. Pinggan tak retak nasi tak dingin...
  2. Kura-kura dalam perahu...
  3. Sudah gaharu cendana pula...
  4. Sebab pulut santan binasa...
  5. Gendang gendut tali kecapi...
  6. Dulu parang sekarang besi...




















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran/ Kelas
Bahasa Malaysia / 2 Cemerlang
Tarikh / Hari
29 April 2012 / Ahad
Durasi  
7.45 – 8.45 pagi
Bil.Murid
35 orang
Tema
Sihat dan  Cerdas
Tajuk
Bersenam Menyihatkan Badan
Objektif              
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.menyebut kata adjektif pancaindera .
ii.menulis kata adjektif pancaindera di dalam ayat dengan betul

Standard  Kandungan           

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan 
betul mengikut  konteks.       

Standard Pembelajaran


5.1.1 Memahami dan menggunakan  kata adjektif pancaindera 
dengan betul mengikut konteks.

Sistem Bahasa   

Tatabahasa - Kata adjektif
Ilmu
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani
Nilai Murni
Kebersihan,Kesihatan, Kecergasan
KBT
KB – Membuat Kesimpulan
Kontekstual  -  Menghungkaitkan
BBM
Permainan “ Puzzle”,  Teks petikan, lembaran kerja








                Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran



Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Guru

Murid

BBM

Set induksi
( 5 minit )






1.Guru mengedarkan bahan  untuk permainan ‘Puzzle’.

2. Guru minta murid mencantum kad menjadi perkataan dan menyebutnya.

3. Bersoaljawab dengan murid tentang perkataan yang telah terbentuk.


1.Murid  mencantumkan pecahan kad menjadi perkataan.

2.Murid menyebut perkataan yang terbentuk.



3. Murid menjawab soalan secara lisan.



Pecahan kad

Langkah 1

( 5 minit )





Bacaan Mekanis

1.Guru minta ketua kumpulan mengedarkan kertas petikan teks .



2. Minta murid membaca dan menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.


1.Ketua kumpulan mengedarkan kertas petikan teks kepada semua ahli dalam kumpulannya.

2.Murid membaca petikan  dan menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.


Petikan teks

Langkah 2

(  5 minit )



Menyebut kata adjektif
dalam petikan

1.Minta murid sebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

2.Minta murid menulis kata adjektif yang terdapat dalam petikan di papan tulis.

3.Minta murid lain membaca kuat perkataan  yang ditulis di papan tulis.


1.Murid menyebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

2.Beberapa orang murid menulis kata adjektif di papan tulis.

3.Murid lain membaca perkataan yang ditulis di papan tulis.



Langkah 3

( 10 minit )

Menyiapkan lembaran kerja

1.Guru mengedarkan lembaran kerja .

2.Guru menerangkan cara meyiapakan lembaran kerja.



1.Murid mendapatkan lembaran kerja.

2. Mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.

Lembaran kerja

Penutup
( 5 minit )


Menyebut kembali kata adjektif yang telah dipelajari

1.Guru bersoal jawab tentang kata adjektif dan minta murid menyebut kembali semua kata adjektif yang telah dipelajari.

1.Murid menyebut kembali semua kata adjektif yang telah dipelajari.

Latihan 2

Nama : __________________________________       Tarikh  :_________________

Latihan tatabahasa
Isi tempat kosong dengan kata adjektif pancaindera yang sesuai.


lebat

licin

mendung

sedap

gembira

rancak

kuat

basah

kecil

kencang


1.      Kamil  kelihatan ___________________  selepas diumum sebagai pemenang dalam acara bercerita.

2.      Cuaca pada petang kelmarin agak  ____________________ tetapi hujan tidak turun.

3.      Muzik yang ___________________  dimainkan semasa senamrobik dilakukan.


4.      Angin bertiup  _________________   menyebabkan pokok-pokok tumbang.

5.      Banjir telah menimpa kampung itu kerana hujan ________________ turun semalam.


6.      Orang  itu sangat  ____________________  walau pun sudah tua.

7.      Nenek tua itu tinggal di dalam sebuah rumah yang ________________.


8.      Setelah hujan, jalan itu menjadi  _______________  dan  _______________.

Lauk-pauk di kedai itu sangat  __________________.

Latihan 1


LATIHAN TATABAHASA


Nama :___________________________________          Tahun :_______________

Latihan Tatabahasa

Garisi  kata hubung yang betul di dalam ayat di bawah.

1.    Aminah, Kamisah , Muhaimin  ( atau, dan )  Kam Ceng  sedang menonton    filem.
2.      Rumah  itu  sangat  besar  (  tetapi,  sambil  )  sudah  buruk.
3.      Cikgu masuk ke dalam kelas  (  lalu,  sambil  ) memanggil nama Ramli.
4.      Kasut  Rosli   kotor  (  tetapi,  kerana  )  terpijak  lumpur.
5.      Sham  tidak  tahu  hendak  memilih  topi  merah  (  dan,  atau )  topi  biru.
6.      Manaf  mengayuh  basikal  (  sambil,  dan  )    berangan-angan.
7.      Budak  itu  gemuk  (  kerana,  tetapi  )  sangat rajin.
8.      Kucing itu berlari  (  tetapi,  sambil  ) menolak  bola  kecil  itu dengan kakinya.
9.      Adik  sedang  berfikir  hendak  memetik  bunga  raya  (  atau, dan  )  bunga  kenanga.
10.  Lili  tidak  hadir  ke  sekolah  ( lalu,  kerana  )  neneknya meninggal dunia.