SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BAHASA MELAYU YANG TELAH DIMUATKAN BERBAGAI AKTIVITI PENULISAN , KAEDAH BACAAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN UNTUK KITA KONGSI.

Kejayaanku

Isnin, 3 September 2012

RPH


Rancangan Pelajaran Harian

Nama guru               :          Anita bt Chee Nee Md
Tarikh                       :          1 Mac 2012
Mata Pelajaran        :          Bahasa Melayu
Kelas                        :          3 Aman
Hari                           :          Khamis
Masa                        :          9.45 - 10.45
Tajuk/Tema              :          Persekitaran
Kemahiran               :          11 ( KV+KVK )

Hasil Pembelajaran.             1.         Menyebut dengan betul perkataan.
 2.         Mengeja perkataan .
                                                3.         Mengabung sukukata membentuk perkataan.
                                                4.         Memadankan perkataan dengan gambar.
                                                5.         Mengisi huruf-huruf tertinggal

Pengetahuan sedia ada  :   Telah mengenal sukukata KV
Bahan bantu mengajar     :   Slaid powerpoint, Kad-kad sukukata, lembaran kerja, buku latihan
Nilai murni                          :   Bekerjasama, bersungguh-sungguh
Kemahiran berfikir            :   Menjana idea           









Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set induksi
8.45-8.50
(5 minit)
Tayangan slaid
Gambar
1. Murid menonton tayangan slaid yang ditunjukkan guru

BBMB : Komputer riba.
Perisian powerpoint.
Langkah 1
8.50-9.00
(10 minit)
Tayangan slaid lagu
Kucing kejar tikus
1. Murid mendengar lagu dan menyanyi bersama-sama, sambil mengerakkan badan mengikut makna perkataan.

2. Guru bersoaljawab mengenai perkataan yang terdapat di dalam lagu.

3. Murid mendengar dan melihat tayangan perkataan-perkataan.

4. Murid menyebut perkataan-perkataan setelah dengar rakaman suara dari slaid.
  
BBMB : Komputer riba.
KBKK : Menjana idea
Nilai : berani
Elemen muzik
Melodi
Aspek : Pengalaman muzikal
Nyanyian
Aspek : Pergerakan
Langkah 2
9.00-9.20
(20 minit)
Tayangan perkataan



1. Murid mengeja perkataan-perkataan dengan bimbingan guru.

2. Murid membaca ayat-ayat yang dipaparkan.






Langkah 3
9.20.-9.30
(10 minit)
Aktiviti kumpulan
1. Murid mengabungkan sukukata-sukukata membentuk perkataan.

2. Murid menyebut perkataan-perkataan yang telah digabungkan.
Kad-kad sukukata-sukukata.
Langkah 4
9.30-9.40
(10 minit)
Kemahiran menulis
1. Murid memadankan gambar dengan perkataan.

2. Murid membulatkan kata kerja.

3. Murid mengisi huruf yang tertinggal.

Lembaran kerja 2
(Lampiran)
Aktiviti pengukuhan
Penutup
9.40-9.45
Menyanyi lagu
1. Murid menyanyi lagu bersama-sama.

2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perkataan-perkataan.

Nilai menjana idea.
Penutup kognitif
  

Ahad, 2 September 2012

Lagu ABC


Cerita saya. Saya dikejutkan dengan berbagai-bagai peristiwa dalam kehidupan saya. Ingin saya kongsi salah satu peristiwa yang membuat saya terkejut dan terkedu hingga ke hari ini.Peristiwa ini berlaku lebih kurang dua tahun yang lalu, sewaktu cuti Tahun baru Cina. Saya sedang berehat di ruang tamu sambil berbual dengan anak kedua dan pertama saya. Tiba-tiba saya terdengar menantu saya menjerit memanggil cucu saya.    Tanpa saya sedari saya melompat melepasi meja, satu perkara yang saya selalu lakukan sewaktu remaja saya, Kalau dahulu saya hanya tahu berlari tanpa penat, sekarang tidak lagi, tapi hari ini saya lakukan kerana terlalu terkejut dengan jeritan menantu saya,Apa yang saya temui ialah cucu saya dalam keadaan biru tidak bersuara.Anak saya yang ketika itu sedang mengandungkan cucu ketiga saya melompat sambil berlari ke arah pintu .Tanpa berlengah saya terus teringat pengalaman sewaktu menjadi jururawat dahulu.Sesuatu telah menghalang pernafasan cucu saya. lalu saya membalikkan badan cucu saya ke belakang dan membuat pertolngan cemas, Apa yang saya temui kali pertama ialah duit syiling sepuluh sen.Saya melihat cucu saya masih diam tidak bersuara dan nampak tercungap-cungap menahan sakit,Saya melakukan lagi dan saya temui duit syiling dua puluh sen.Saya memeriksa cucu saya dan masih terdiam, dan saya melakukan lagi sekali dan yang keluar ialah duit syiling dua puluh sen .Saya terus mendukung cucu saya keluar dari rumah dan di bawah porch saya memeriksa cucu saya.Untuk saya memastikan cucu saya dah boleh bernafas saya menyuruh cucu saya memanggil saya " Panggil mama "Itulah panggilan cucu saya kepada saya.Saya ulangi "panggil mama" dan tahu siapa yang dipanggil,  "Abah", iaitu panggilan cucu saya kepada suami saya.sedikit geli hati bercampur geram kerana saya yang bertungkus lumus sebentar tadi.Itulah kasih sayang tidak dapat dipaksa .Semuacucu saya amat menyayangi suami saya. Pengajaran yang ingin saya kongsi ialah jangan panik apabila berlaku sesuatu, dan cubalah untuk melakukan apa yang sepatutnya.Nanati kita sambung lagi kisah saya menyelamatkan anak ketiga saya di laut.Bukan apa saya sentiasa diduga dengan peristiwa yang menyentap jiwa saya. Alhamdullliah Alllah masih mengizinkan saya untuk membantu keluarga saya..  

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4


Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                     :           20 Februari 2012
Masa                      :           8.45 - 9.45 (1 jam )
Kelas                      :           4 Aman
Bilangan Murid        :              25 orang ( 10 lelaki dan15 perempuan )
Umur Murid            :           10 tahun
Mata Pelajaran        :           Bahasa Melayu
Tema                       :           Keluargaku sayang                             
Tajuk                       :           Hargai pengorbanan ibu bapa                        

Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat :
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1(i)Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras (iii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks.
Fokus Utama:

5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2(i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aras 3 ( ii ) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.


Fokus Sampingan

10.2     Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

Aras 1 ( i ) Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat.
Sistem Bahasa :
Sebutan dan intonasi.
Morfologi
Ilham
Tabah
Menghargai
Kempen
Mengistiharkan
bersempena.
Sintaksis Ayat penyata.

Pengisian Kurikulum :
Ilmu                 -           Pendidikan Islams
Nilai Murni      -           Hormat menghormati, kerjasama, berani, tolak ansur
Kemahiran Bernilai Tambah - Mencirikan, menyenaraikan, BCB
Kemahiran generik : KBKK Kecerdasan Pelbagai - Verbal-linguistik, kinestetik.

Bahan Bantu Belajar :
Komputer riba, LCD, bahan maujud, lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid  biasa menyambut Hari Ayah.















Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
( 5 minit )
8.45 - 8.50

Tayangan slaid .
Lagu Alllahyarham Sudirman( Lampiran1)
Ayah dan ibu
Kemahiran mendengar dan bertutur
Soalan guru
1.Seronok tak lagu tadi?



2.Apakah yang kamu rasa apabila menyanyikan lagu tadi?








1.  Murid mendengar dan menyanyikan lagu bersama guru..

2.  Murid bersoaljawab dengan guru.

3.Guru mengaitkan dengan tajuk,yang akan dipelajari hari ini.


1. BBMB:
    Komputer riba dan LCD.
    (Perisian ’Power Point’)

2. KBKK
Pendekatan Ekletik
Kaedah:audio-Lingual
Teknik:Sumbangsaran








Langkah 1
(15minit )
8.50 - 9.05




























Langkah 2
9.05-9.20
(15 minit)




Tayangan Teks
(Lampiran 2)
Kemahiran Membaca
Soalan guru.
Sekarang kita akan sama-sama membaca petikan teks.
Kemahiran Bertutur
1)     Apakah yang kamu faham tentang teks tadi?
Sekarang cikgu hendak kamu jawab soalan pemahaman.













Tayangan lirik lagu
Kemahiran mendengar
(Lampiran 3)
Kemahiran membaca
Sistem Bahasa.
Sebutan dan intonasi
Kemahiran Bertutur



1. Murid melihat     tayangan teks dan     mendengar bacaan dari     guru.

2. Murid membaca     secara berkumpulan,     berpasangan dan     secara individu.

3. Bersoaljawab untuk     mencari isi-isi penting.














1.Murid membaca lirik lagu yang telah didengar sebentar tadi.
2.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
3.Muird membina dialog untuk menunjukkan kasih sayang ayah kepada anaknya.
4)Murid diminta menulis dialog di atas  kad manila.










BBMB:
Komputer riba
LCD
Pendekatan Ekletik.
:
Teknik:Perbincangan
KBKK: Mencirikan
Objektif 1:Fokus Utama

Membanding beza.


Nilai Hormat









BBMB:Lirik lagu
Perisian Powerpoint,LCD,Komputer Riba.kad manila,pen penanda
Pendekatan: Komunikatif
Kaedah: Ekletik
Teknik:Perbincangan kumpulan
Nilai :Tolak ansur
KBT : BCB,KBKK

Objektif 2.(Fokus Utama)


Langkah 3
(10minit )
9.20 - 9.30

Perbentangan hasilan
Arahan guru
1)     Cikgu hendak        wakil kumpulan datang ke hadapan untuk melakonkan dialog kasih ayah .
Kemahiran Bertutur

.
1.   Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk membentangkan hasilan.

2.   Setiap ahli kumpulan melakonkan watak ayah dan anak.
3.   Murid diminta memberi komen tentang lakonan ahli kumpulan lain.





Pendekatan:Komunikatif
Nilai : Kerjasama
Teknik : Lakonan /Drama.
Objektif 2 (Fokus Utama)
5.2 Aras 1( ii)
Teknik: Sumbangsaran. TKP:
Verbal-linguistik
Intrapersonal
Interpersonal
Peraturan Sosio Budaya:
Bersopan santun ketika bercakap dengan ayah.
Ilmu:Pendidikan Islam


Bahagian / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 4
(10 minit)
9.30-9.40

Kamus Lembaran kerja :
Sistem Bahasa:Tatabahasa
Sistem ejaan
Arahan guru
Cari jawapan yang betul.Kamu boleh menggunakan kamus untuk mencari ejaan yang betul.
.
Pengayaan:Kad hari bapa
Pemulihan:Mewarna kad Hari bapa


2Aktiviti pengayaaan
3Aktiviti pemulihan
(Lampiran 4)

1.   Guru mengedarkan      lembaran kerja dan     kamus untuk membantu     murid mencari ejaan     yang betul. Murid diberi     lembaran kerja     bersesuaian dengan     kebolehan murid.Murid diminta membetulkan ejaan. Dalam borang yang disediakan.
2.   .Guru membetulkan     jawapan murid secara     lisan

3.   Murid membuat sekeping kad hari bapa kepada ayah mereka.


Objektif 3
Fokus Sampingan
BBMB :
Kamus
Lembaran kerja,Bunga Hiasan,gam,gunting,kertas warna,
10.2 .
Aras 1
 .
BBMB : Kamus,”Two Sheet Paper”
Nilai kebersihan.
BCB
Ilmu:Pendidikan Seni.
Objektif 3:
 10.2
Aras 1(i)


Penutup
5 minit
9.40-9.45
Rumusan
Lampiran
1.Guru meminta murid    menerangkan secara    lisan isi- isi pelajaran.

2.Guru memberi pujian    untuk memotivasikan    murid.
Penutup(kognitif)

Khamis, 30 Ogos 2012

Cerita saya

Saya melaalui berbagai rintangan sebelum saya bergelar guru.Minat menjadi guru timbul apabila sedari kecil saya selalau berdamping dengan guru saya .semasa di Tahun Empat saya selalu ke sekolah pada waktu petang untuk membantu guru menjaga kelas.Kedudukan rumah saya yang terletak berhampiran sekolah menjadikan saya mudah untyuk meluangkan masa ke sekolah.Guru-guru sekolah rendah yang masih saya ingat ,Cikgu Mariam yang mengajar  saya dalam Tahun 1, Cikgu Ibrahim Rautin yang mengajar saya dalam Tahun Dua dan yang saya paling ingat ialah gurubesar saya  Allahyarham Cikgu Murad.Walaupun saya dah berumahtangga saya sering menziarahi Cikgu Murad, dan hidangan istimewanya ialah air nipah.Dewan datuk Madi menjadi permulaan kejayaaan saya untuk meletakkan saya sebagai pemidatu sehingga ke peringkat Negeri.Terimakasih cikgo Oii Chek Jin guru Matematik saya dalam Tingkatan Lima yang menyedarkan saya tentang kelalaian saya dalam pelajaran.Walaupun agak sedikit terkejut pada mulanya dengan teguran Cikgu Oii.Saya terus ke surau untuk muhasabah diri.Dan ingin saya berjumpa dengan Cikgu Oii.Nasib baik lah saya tersedar awal.Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mengundang kesedihan kerana saya tidak cemerlang ketika itu.Saya hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk mengulangkaji pelajaran, dan hasilnya saya kecewa.Saya mengambil keputrusan untuk berumahtangga  dan pada tahun 1992 saya tersedar dari mimpi , yang saya tidak boleh hidup tanpa kerjaya dan akhirnya saya mengorak langkah dan mengukir kejayaan demi kejayaan hinggalah ke hari ini.Alhamdullilah, Allah menganugrah saya segala yang telah saya hilang sedikit masa dulu.Lain kali saya sambung suspen.Tetapi sapa yang terbaca kisah ini , hayatilah jadilah seorang juara.Mohon pada Alllah.Usaha dan berdoa.Insyalllah.

Selasa, 28 Ogos 2012

KEMAHIRAN MEMBACA(KAEDAH ABJAD)

ASAS MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ABJAD 1.0 Pendahuluan Kemahiran membaca seseorang murid berkait langsung dengan kemampuannya memahami sesuatu bahan. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat. Membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental, di mana deria penglihatan dan alat-alat artikulasi bergabung menghasilkan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Kemahiran membaca itu sendiri perlu melalui dua proses, iaitu proses menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan proses mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan. Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan yang khusus. 1.1 Kaedah Abjad Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan dalam tamaddun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas pembacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. KAEDAH ABJAD PENGENALAN HURUF/ABJAD MEMBUNYIKAN HURUF CANTUMAN HURUF-HURUF/SUKUKATA-SUKUKATA PERKATAAN MUDAH Rajah : Aliran pelaksanaan kaedah abjad. 1.2 Konsep Kaedah Abjad Murid-murid diperkenalkan kepada 26 huruf yang ada, iaitu huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Bagi membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Dalam sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya ‘ca’, ‘ce’, ‘ci’, co, dan ‘cu’. Diftong terbentuk melalui gabungan ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’. Bunyi- bunyi tersebut disambungkan supaya menjadi suku kata, misalnya cu + ci = cuci. Kemudian mengenal rangkai kata , ayat dan seterusnya diajar membaca. Sebelum murid diajarkan membaca perkataan, nama-nama huruf perlulah dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan yang betul. Dituruti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Seterusnya guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf, misalnya ‘a’ untuk ‘ayah’, ‘b’ untuk ‘buku’, ‘c’ untuk cawan dan sebagainya. Sebagai pengukuhan, guru juga boleh menyanyi lagu ABC. Lagu boleh dicipta sendiri atau lagu sedia ada yang boleh dimuat turun menerusi saluran media terkini seperti Internet. Kebiasaannya, guru akan menulis setiap huruf dalam buku tulis yang kadangkala memenuhi satu muka surat untuk satu huruf besar dan huruf kecil. Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994) , kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau membunyikan cantuman huruf-huruf atau sukukata- sukukata. Setelah itu, murid-murid didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik permulaan asas membaca. 1.3 Keberkesanan Kaedah Abjad Dalam Pengajaran Asas Membaca Menurut Zulkefli Hamid ( 1994 ), kaedah abjad berprinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut yang merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan yang berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang ada sebelum meneruskan peringkat membaca perkataan yang senang dahulu. Umum bersetuju bahawa berdasarkan persekitaran sedia ada dan pengalaman setiap hari, seseorang murid memang telah biasa dengan visual yang berasaskan abjad. Samada dalam paparan iklan di media elektronik, media cetak atau di kain rentang sepanjang jalan ke sesuatu destinasi. Pengetahuan sedia ada murid mengenai sebahagian bentuk abjad dan bunyinya telah wujud dalam diri murid itu. Keadaan ini akan memudahkan guru untuk menanamkan kemahiran membaca mengikut kaedah abjad kepada murid. Kaedah abjad sangat relevan, serasi dan menepati dengan sistem Bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Keadaan ini memudahkan murid untuk terus mahir membaca dan tidak timbul kekeliruan yang akan merencatkan proses tersebut. Dengan kemahiran asas yang mantap dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca akan menimbulkan satu motivasi diri yang positif dalam diri murid untuk terus memajukan kemahirannya. Murid yakin akan kebolehannya sendiri dan semakin cekap. Mereka dapat bersaing sesama sendiri dengan cara yang sihat dan minat untuk belajar semakin terbuka. Murid mampu untuk berdikari dalam membaca perkataan baharu, meskipun tidak pernah mempelajarinya kerana murid telah menguasai dan mengenal huruf serta mampu membunyikan vokal konsonan dengan lancar. Seterusnya, kita akan melihat bagaimana murid akan mendapat bonus atau kemahiran berganda menerusi kaedah abjad ini. Murid dapat meneroka dengan mudah kemahiran-kemahiran baru seperti kemahiran menggunakan kamus. Penggunaan kamus mudah, peringkat rendah yang sistemnya berpandukan turutan abjad menarik minat murid dan membolehkan mereka menambah kecekapan membaca dan menambah ilmu. 1.4 Langkah-Langkah Pengajaran Kaedah Abjad 1.4.1 Menyebut Nama Huruf Abjad a-z, Huruf Besar dan Huruf Kecil Guru menyebut nama huruf berkenaan dan diikuti dengan murid. Untuk tujuan pengukuhan, guru boleh juga mempelbagaikan persembahan dengan memperkenalkan terlebih dahulu urutan secara normal iaitu a-z, kemudian diikuti secara songsang iaitu z-a. Perkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf besar. Rasionalnya, huruf kecil lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian berbanding huruf besar. (i) Contoh aktiviti menyebut nama huruf kecil abjad a-z Arahan: Sebut nama huruf kecil di bawah ini. b Kad Huruf Kecil (ii) Contoh aktiviti menyebut nama huruf besar A-Z Arahan: Sebut nama huruf besar di bawah ini. B M Kad Huruf Besar iii) Contoh aktiviti menyebut nama huruf besar A-Z Arahan: Sebut nama huruf besar di bawah ini. B b M m Kad Huruf 1.4.2 Latihan menyebut suku kata V+KV Huruf V dalam simbol V+KV di atas adalah bermaksud huruf vokal. Terdapat enam jenis vokal dalam bahasa Melayu iaitu a, e (taling), e (pepet), i,o, dan u. Manakala K bermaksud huruf konsonan yang mempunyai 21 huruf. Dengan bimbingan guru, murid-murid membuat latihan menyebut suku kata V+KV. Huruf vokal : a e i o u Huruf konsonan : b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z i. Contoh aktiviti menyebut suku kata V+KV Aktiviti ini menggunakan kad perkataan yang dibina menggunakan kad keras yang berwarna supaya kelihatan menarik. Arahan: Sebut suku kata berikut. 1.4.3 Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa (i) Contoh aktiviti mengeja suku kata Arahan: Eja kemudian sebut suku kata. ba be be bi bo bu ca ce ce ci co cu da de de di do du fa fe fe fi fo fu (ii) Contoh aktiviti mengeja perkataan (iii) Arahan: Eja sukukata kemudian sebut perkataan KVKV. baba cuba dewa jaga baca cuci diri jaja badi cucu dosa jala bagi cina dobi jamu Carta Perkataan KVKV (iv) Contoh aktiviti mengeja frasa Arahan: Eja dan sebut frasa dengan kuat. = = 1.4.4 Latihan membaca ayat (i) Contoh aktiviti membaca ayat berbantukan gambar. Arahan: Baca ayat di bawah ini. (ii) Contoh aktiviti membaca ayat tanpa berbantukan gambar Arahan: Baca ayat di bawah ini. (i) Contoh aktiviti membaca petikan. Arahan: Baca ayat di bawah ini. Rumusan Kesimpulannya, kaedah abjad merupakan kaedah yang memberikan fokus kepada aktiviti menghafal abjad, proses pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan memudahkan murid-murid untuk mengeja perkataan ketika membaca. Dalam kaedah ini, murid perlu mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Kegagalan murid-murid dalam mengenal huruf-huruf yang ada akan mengakibatkan kesukaran menjalankan aktiviti membaca kerana faktor asas masih tidak dapat dikuasai. Murid perlu mahir huruf dan dapat membunyikan huruf tersebut dengan betul. Untuk itu, aktiviti yang sesuai seperti latihtubi yang dijalankan oleh guru didapati sering membuahkan kejayaan dan menghasilkan celik huruf di kalangan murid-murid. Dengan ini, proses asas membaca dapat dijalankan dengan lancar. Maka, adalah tidak menghairankan apabila kaedah abjad ini masih terus digunapakai oleh guru-guru dari zaman dahulu, seawal zaman Greek dan Rom hinggalah sekarang. Ini membuktikan betapa pentingnya kemahiran asas iaitu mengenal huruf ditanam diminda murid-murid sebelum mereka meneroka kemahiran seterusnya yang lebih bermakna iaitu kemahiran membaca.