SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BAHASA MELAYU YANG TELAH DIMUATKAN BERBAGAI AKTIVITI PENULISAN , KAEDAH BACAAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN UNTUK KITA KONGSI.

Kejayaanku

Ahad, 2 September 2012

Cerita saya. Saya dikejutkan dengan berbagai-bagai peristiwa dalam kehidupan saya. Ingin saya kongsi salah satu peristiwa yang membuat saya terkejut dan terkedu hingga ke hari ini.Peristiwa ini berlaku lebih kurang dua tahun yang lalu, sewaktu cuti Tahun baru Cina. Saya sedang berehat di ruang tamu sambil berbual dengan anak kedua dan pertama saya. Tiba-tiba saya terdengar menantu saya menjerit memanggil cucu saya.    Tanpa saya sedari saya melompat melepasi meja, satu perkara yang saya selalu lakukan sewaktu remaja saya, Kalau dahulu saya hanya tahu berlari tanpa penat, sekarang tidak lagi, tapi hari ini saya lakukan kerana terlalu terkejut dengan jeritan menantu saya,Apa yang saya temui ialah cucu saya dalam keadaan biru tidak bersuara.Anak saya yang ketika itu sedang mengandungkan cucu ketiga saya melompat sambil berlari ke arah pintu .Tanpa berlengah saya terus teringat pengalaman sewaktu menjadi jururawat dahulu.Sesuatu telah menghalang pernafasan cucu saya. lalu saya membalikkan badan cucu saya ke belakang dan membuat pertolngan cemas, Apa yang saya temui kali pertama ialah duit syiling sepuluh sen.Saya melihat cucu saya masih diam tidak bersuara dan nampak tercungap-cungap menahan sakit,Saya melakukan lagi dan saya temui duit syiling dua puluh sen.Saya memeriksa cucu saya dan masih terdiam, dan saya melakukan lagi sekali dan yang keluar ialah duit syiling dua puluh sen .Saya terus mendukung cucu saya keluar dari rumah dan di bawah porch saya memeriksa cucu saya.Untuk saya memastikan cucu saya dah boleh bernafas saya menyuruh cucu saya memanggil saya " Panggil mama "Itulah panggilan cucu saya kepada saya.Saya ulangi "panggil mama" dan tahu siapa yang dipanggil,  "Abah", iaitu panggilan cucu saya kepada suami saya.sedikit geli hati bercampur geram kerana saya yang bertungkus lumus sebentar tadi.Itulah kasih sayang tidak dapat dipaksa .Semuacucu saya amat menyayangi suami saya. Pengajaran yang ingin saya kongsi ialah jangan panik apabila berlaku sesuatu, dan cubalah untuk melakukan apa yang sepatutnya.Nanati kita sambung lagi kisah saya menyelamatkan anak ketiga saya di laut.Bukan apa saya sentiasa diduga dengan peristiwa yang menyentap jiwa saya. Alhamdullliah Alllah masih mengizinkan saya untuk membantu keluarga saya..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan